"


Hola! Welcome To blog Yainah~Hafiz~Jangan lupa F0ll0w Ye:)~M@njEc0mEyK-PoP Girlz~

best nya main follow2 blog ! weee ~

ehem2 ~ hye hye warga blog .. salam sejahtera dan salam 1 Malaysia .. :) so, untuk kali nie kita terus pada topik laa ye ! jom2 !!


so, tanggal 11 Februari 2012 nie, aku secara RASMINYA telah menjadi seorang pengFOLLOW yang sangat tegar .. haha ! serius beb .. lama2 kan macam best sangat follow2 blog orang nie ..



nak follow lagi ! cepat2 bagi link kat aku .. haha ! :D

NOTE : dah, tu jerk aku nak update sebenarnya .. hehe :) chill ~

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yainah!Like Kalau Suka!

Soalan2 Bengong / Merapu !

soalan2 bengong !





aduh ! lama tak update blog .. dah bersawang2 dah hah .. cicak, labah2 semua ada .. lama betul dah tak kemas2 blog nie .. baru balik bercuti ! hehe .. dah nama 1 Malaysia kan, of couse semua perayaan aku sambut .. haha ! masa pergi pun mengejut jugak, tu tak sempat bawak lappy ..biasa aku dah bagirau awal kan .. hehe :) perjalanan percutian akan diceritakan dalam entry lain .. hehe so, back to our topic ! actually benda nie aku pon copy jerk, just for fun ..

okay ! let's begin !

situasi 1 : bila ada orang nampak korang baring tutup mata, mesti ada jerk yang tanya :

soalan : eh, kau tidur ke ?
jawapan : tak lahh, aku tengah training macam mana nak mati nanti ..
conclusion : dah nampak orang tu tengah tidur, mestilah dia nak or tengah tidur .. takkan tu pun nak tanya lagi .. isyhh ! 

situasi 2 : bayangkan !! korang bawak tv korang pergi kedai nak repair .. mestilah jumpa technician suruh repair kan .. tapi mesti dia tanya :

soalan : nak repair tv ke ?
jawapan : tak laa, aku bosan .. saja bawak tv nie pergi jalan2 .. 
conclusion : dah orang tu bawak tv dia pergi kedai repair tv 2, mestilah nak suruh orang2 yang pakar repair tu  repair tv tu .. apa laa ~~

situasi 3 : time korang bangun tidur, terus kawan korang yang lagi sorang nie tanya : 

soalan : kau dah bangun ke beb ?
jawapan : isyhh ! aku tegah tidur sambil jalan laa .. tak nampak ke ?
conclusion : dah korang nampak kawan korang tu baru bangun tidur, tu pun still nak tanya jugak ke ? hadoyaiii ~~

situasi 4 : kawan korang telefon rumah korang, then kadang2 dia tanya :

soalan : kau kat mane or kau pergi mana ?
jawapan : kat sini laa .. kat bus stop !!
conclusion : dah tentu korang telefon rumah dia, mesti laa dia kat rumah ..takkan nak bawak telefon rumah pergi jalan2 kot .. adesss !

situasi 5 : kawan2 korang nampak korang keluar dari bilir air,basah2 .. nanti kadang2 ada yang tanya :

soalan : kau baru mandi ke ?
jawapan : mana ada ! aku jatuh dalam lubang jamban tadi ..
conclusion : dah nampak dia basah2 tu, baru mandi laa tu .. isyhh !

situasi 6 : korang kat dalam bilik air, pintunya korang dah kunci .. airnya korang tadah lagi .. tapi ada yang tanya :

soalan : ada orang tak kat dalam nie ?
jawapan : mana ada orang .. hantu yang cakap nie ... hehehehe (*suara cute*)
conclusion : dah dengar tanda2 orang kat bilik air tu,  tu pun nak tanya lagi ke .. alamak aiii .. sedih betul 

so, tu laa serba sikit yang aku nak kongsi .. korang terasa ke ? oops ! hehe .. takde niat langsung .. ikhlas men''copy'' dari hati yang suci murni + tulus + ikhlas nie .. hehe isyhh ! angkut bakul betul laa aku nie .. haha :D

apapon , entry kali nie just for fun .. KADANG2 aku pun ada jugak tanya soalan2 bengong macam nie .. alaa ~ standard laa kan .. watlek and watcool suda .. hehe :) 

NOTE : entry kali nie takde gambar sangat ! :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yainah!Like Kalau Suka!

Buah-Buahan Menggambarkan Sifat Anda semua... :)

hye semua .. sihat ka ? so, hari nie aku macam nak jadi ala2 peramal gitu .. wahh ~ hebat sungguh aku sekarang .. sejak aku duduk sambil goyang2 kan kaki kat rumah nie .. aku mendapat satu ilham dan petunjuk .. ewaahh ~ jom2 !

*sekadar gambar hiasan dan tiada kaitan sama sekali dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia*

nak tahu tak buah-buahan yang menggambarkan sifat korang semua nie ? jom, pilih buah apa yang korang suka makan .. nyum2 !

WARNING : JANGAN TENGOK BAWAH DULU, JUST PILIH BUAH, BARU BOLEH TENGOK OKAY .. *peace

BUAH-BUAHAN TERSEBUT ADALAH :

  • apple



  • pisang
  • durian
  • manggis

  • strawberry

  • mangga

  • rambutan

SIFAT2 TERSEBUT ADALAH :

  • apple 
          ---> seorang yang suka makan apple
  • pisang
          --->seorang yang suka makan pisang

  • durian
          --->seorang yang suka makan durian
  • manggis
          --->seorang yang suka makan manggis
  • strawberry
          --->seorang yang suka makan strawberry
  • mangga
          --->seorang yang suka makan mangga
  • rambutan
          --->seorang yang suka makan rambutan

hehe .. :) oops ! sorry2 .. just for fun ukeyhh .. jangan DENDAM2 tau .. watlek and watkool sudaa ~ *peace sambil buat muka cute

NOTE : his entry just for fun, jangan yang amik hati ye .. susaa nak pujuk nanti .. awww ~

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yainah!Like Kalau Suka!

Terukir Di Bintang :)



*namamu terukir di bintang*

ayoyo ! tittle entry aku kali nie poyo nya ! gelii !! buwekkk :p haha .. aku yang taip nie pon geli, ini kan korang yang membaca kan ? fuhh ! bawak bersabar ~ nak baldi ? nahh !

haha ! warna PINK ! awww ~ 

actually, nie TIADA kaitan dengan sapa2 sama ada yang masuh hidup mahupun yang telah meninggal dunia .. wee ~ dengan si dia ? err ~ no comment ! 


so, TERUKIR DI BINTANG merupakan lagu yang PALING aku minati di saat ini .. ayat macam nak buat karangan dah kan ? tu laa, time sekolah dulu main2, buat karangan malas lagi buat homework .. tau copy paste jerk ! hah, now, nak rindu2 sekolah pulak aku nie .. puihh ! 

by the way, nie video siap dengan lirik lagi .. by yuna ! best !! sebelum dengar,PAUSE kan lagu dekat blog nie ? kat bawah sekali ! just click button pause ! hehe :) click button yang paling KIRI sekali .. kalau tak nanti, korang pening2 lalat nak dengar lagu yang mana .. tak dapat hayati .. hehe


adesss ~ aku sudah jatuh cinta dengan ini lagu maa .. lirik dia menyayat hati .. ewaahh ~ so, korang just perlu klik then dengar lagu tu, tapi JANGAN nyanyi ! nanti hujan :p hehe :) *peace dekat sapa laa aku nak bagi lagu nie ye ? lagu 6th sense feat saujana yang tittle dia ''penerang hati'' tu aku dah bagi dekat orang .. lagu nie nak share2 dengan sapa ye ? kan orang kata, kegembiraan perlu dikongsi ~ so, nak kongsi jugak lagu nie .. weee ~~

NOTE : aku suka + minat dan segala +++ lagi laa lagu nie .. hehe :) new song from YUNA :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yainah!Like Kalau Suka!

Kekasih(Rasulullah) Tinggalkan Aku Dan Kita


*serious Yainah menangis tatkala terkenang saat ni..

Ada sebuah kisah tentang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya

Pagi tu walaupun langit telah mulai menguning..  burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap
pagi tu.....

Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah

"wahai umatku kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya"
"ku wariskan 2 perkara pada kalian AlQuran dan Sunnahku"
"barang siapa mencintai sunnahku bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintai aku akan masuk syurga bersama-sama aku"

khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minatbmenatap sahabatnya satu persatu.

       Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca
       Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya
       Usman menghela nafas panjang
       Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam

Isyarat itu telah datang saatnya sudah tiba...
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua"
keruh hati semua sahabat kala itu
Manusia tercinta itu,
hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia

Tanda-tanda itu semakin kuat
Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah
yang berkeadaan lemah dan gayah
ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu seluruh sahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi tetapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup sedang didalamnya,
Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat
dan  membasah pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu, terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
     "bolehkah saya masuk?" tanyanya
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk
    "maaflah ayahku sedang demam"
kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.

Kemudian kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah
    "Siapakah itu wahai anakku?"
   "Tak tahulah ayahku. orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya"
Tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara. Dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut." Kata Rasulullah.

Fatimah punn menahan ledakkan tangisnya
malaikat maut datang menghampiri
Tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas
langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

  "Jibril jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
  "pintu-pintu langit telah terbuka lebar menanti kedatanganmu" kata Jibril

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega. matanya masih penuh keeemasan.

"engkau tidak senang menerima khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"jangan khuatir wahai Rasul Allah. aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku...
KU HARAMKAN SYURGA BAGI SIAPA SAJA KECUALI UMAT MUHAMMAD TELAH BERADA DI DALAMNYA" kata Jibril

Detik-detik semakin dekat.
saatnya Izrail melakukan tugas

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh. Urat-urat lehernya menegang.

"Jibril betapa sakitnya sakaratul maut ini"
perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam...
Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam
dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
tanya Rasulullah pada malaikat pengutus wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih allah direnggut ajal" kata Jibril

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak bertahankan lagi.

   "ya Allah!! Dahsyat nian maut ini timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku. jangan pada umatku"

Badan Rasulullah mulai dingin.
Kaki dan dadanya sudah tidak bergetar lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu..

Ali segera mendekatkan telinganya.
"uushlikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum. Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Diluar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan. sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutup tangan di wajahnya dan
Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan

"UMMATII... UMMATII...UMMATII..."

dan berakhirlah hidup manusia yang memberi sinaran itu.

ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MUHAMMAD WA BAARIH WA SALIM 'ULAIH..

betapa cintanya Rasulullah kepada kita umatnya....





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yainah!Like Kalau Suka!

Pernahkan awak tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab awak sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis…

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai awak, dia mula merendahkan egonya untuk awak semata-mata kerana awak.……

Apabila dia menangis di hadapan awak,
Apabila dia menangis kerana awak,
Pandanglah matanya,
Bolehkan awak rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah awak CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan awak,
Hanya kerana awak?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana awak,
Mungkin sudah tiba masanya awak fikir kembali di mana silap awak,
Kerana hanya awak tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana awak,
janganlah awak membiarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia,
kerana dialah yang akan setia dengan awak sehingga akhir hayat awak.

Guys,
kalau seorang perempuan menangis kerana awak,
janganlah awak meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan awak. Kerana awak akan merosakkan hidup dia.

Guys,
jangan pernah mengungkapkan rasa cinta awak kepada seorang perempuan selagi awak belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Kerana awak hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara…
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yainah!Like Kalau Suka!